Tuesday, July 12, 2011

rupa :)


salam.
ni terjumpe kat folder dalam laptop.
so,nak share.
suke ayatnye kerana menyedarkan aku.
setiap manusia ade kelebihan dan kekurangan.
setiap ape yang berlaku ade hikmah disebaliknye.

bacalah.



 Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan
kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya
tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan
bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.


 Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada
pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda
buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka
kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai
cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda
semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah
rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di
Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik
selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa
riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah
s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa
kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak
terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu
hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri
anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang
dijumpainya"




sekian.

2 comments: