Saturday, March 17, 2012

semua dalam satu

salam.
Ini permintaan syida. dia pon dah balek :'(

Maybe korang2 semua dah bergoyang kaki dirumah kan?
aku masih di terengganu.hehe


Dah 3 tahun aku dan finance student 2009/2010 bersama. 
Memang banyak dilakukan bersama.

Siyes, aku sayang semua.

 First, ofcoz la aku nak cerita tentang kawan super kesayangan aku.


“walaupun kita kadang2 tak sekata, tapi kasih sayang mengeratkan kita”.  


Syida- dari sem 1 kot kita kenal, time orientasi kita adelah housemate. kau cakap name kita same. Kau lah budak finance yg aku kenal pertamanye. Kau memang baik. Kau penguat semangat untuk bawa kereta, alhamdulilah now aku dah bole bawak. Dengan syida aku share banyak mende. Dia ajar aku masak. Suara dia sedap, dia suka ajak aku menyanyi..dia juga penah cakap selagi bersama dia, aku tak akan kebulur.haha. dia memang sayang akan aku.cewahh.tapi mulut selalu cakap dia benci n meluat tgk aku.tapi aku dapat rasa sayangnya dia kat kawan dia. Dia seorang yang garang n degil. Tapi kan kalau dia gaduh pon, mesti ngan aku. 


Suzie- kenal dia masa duk 1 rumah. Aku igt lagi masa tu ade orang ikut belakang masuk rumah.aku tunggu depan pintu kononnye nak berkenalan. Dia pon sorang2 je. Sampai sem5,dia  rumate smpai habis. Aku banyak lah kenal dia. Dia lah kawan aku dari sem1 yang aku knal lama. Dengan dia juga aku share banyak mende. Dia ajar aku camne nak print.haha. dia ajar aku kecek kelate. dia ajar aku beli perkakas rumah n dapur. Full set ade kat bilik. Seorang yang mudah nangis. Kadang2 aku pelik dia lebih kuat,tapi lebih banyak nangis dari aku.


Ieyda- kawan aku dari Terengganu. Same2 terengganu kami. Dia kawan aku yang suka gelak kuat2. Dia baik sgt, suke menolong orang especially nak hantar ke stesen bus.haha Dia suka memasak pastu bawak balek kampus, dia kan duduk dekat jeeepp.family dia pon baek.yang bestnye dia seorang yang happy. Ape pon asyik gelak je.  Tak pernah nak sedih2 ngan dia. 


Kawan kesayangan yang menawan.
muli a.k.a jed, liza a.k.a jot n alya- kawan yang banyak menolong dalam hal2 study.  Kawan2 yang suka perah santan sendiri mean perasan yang lebih. Muli, aku nak ingat selalu kata kau paligan stand for cardigan. 


Syira a.k.a syirot, na a.k.a tot, fae- geng bole ajak lepak. Bole bagi gelak tak ingat dunia. NA adelah blogger, ini belog dia belog na. Kadang2 ajak mereka keluar sekali, yang penting kena ada pergi bowling. Hebat2 la korang. syira pon pernah belanje makan nasi kukus. terima kasih sayam.


Geng jiran(esyiroh, syue/baby, muni, ena)- geng yang kalau ade diaorang, memang kecoh. Tapi tanpa diaorang maybe x ceria kan? Puji ke ni? Oke fine aku puji. Mereka ni juga kalau cakap, sebatu boleh dengar. Selalu datang bilik aku tak pandai tutup pintu. Memang aish laa kannn. speaker finance. penjual roti sosej di kelas.


Nadia, wani, huda, ani- geng ala2 diva. Haha. Huda adelah gadis finance ke dua aku kenal kat unisza. Ani gadis ketiga aku kenal dekat unisza. Nadia n wani gadis finance yang keberapa entah.lupe deh.hehe. nadia adelah model. mereka juga jual lens.


Ayu,ika,sha,reha a.k.a ray- geng suka main pukul kuat2. Aduhai aku tengok macam rasa sakit sendiri.


Ema, hani, ila- geng ala2 diva jugak. Pandai bergaya jugaa. ema selalu ketuk pintu malam2 minta susu.haha. bila lagi dapat dengar cerita ema ek?sobs


Lelaki2 finance yang hensem(haha.perasan nanti.)- kama, che ku, sam, rusydan, ikhmal, mus, arief, fitri, fedli, afiq isa, afiq ganu, ahmad dan reza. - korang memang terbaik.


Untuk sam, fitri, fedli n che ku thank you very much tolong kami hari tu. Tolong beli minyak masa kehabisan minyak. 

 
 

Biasalah kawan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bila terjadi kita kena redha. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Tetibe. Cuma bila kita berpisah, jangan lah lupa dengan persahabatan yang ada. Sebab sekali dia kawan kita, dia tetap kawan kita. Ade ke istilah ex-kawan. Xde kan? So jangan lupa mcg, call, tweet2, fb, skype, ym n segala2nya lah.

jujur aku kata, aku sayang korang.
jaga diri elok2.
jaga makan.
yang penting jaga solat :)

terima kaseh kawan2.
insyaALLAH jumpe time konvo.

sekian.

No comments:

Post a Comment