Pages

Friday, April 12, 2013

hati seorang wanita

assalamuailakum.

hi blog.
hi korang.
terjumpa ni tadi. so nak share. sila baca. baca sambil dengar lagu *wanita istimewa*. 


oh jap ni lagunya.
feelhoney- wanita istimewa.


Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita cuma punya HATI yang sama. Iatu kuat dan tabah.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati kita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Oleh itu, dengan kelembutan hati wanita ini boleh mententeramkan jiwa lelaki yang bernama suami
Dengan kesabaran hati wanita inilah dapat mendidik anak2 hingga dewasa
Dengan hati wanita sebeginilah dapat menahan kerenah anak2 dan juga suami walaupun hatinya disakiti
Dengan hati wanita sebeginilah dia mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan hanya utk suami

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Untuk kaum sejenisku di luar sana
Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

Tapi fikirlah, setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Jika nak menangis, menangislah sepuas hati
Tapi yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Jika kita jatuh ditimpa ujian, cepat2lah kita bangun
Jangan tunjukan yang kita lemah, jangan tunjukan kesedihan kita depan orang
Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Hari ini kita jatuh sbb dilukai, rasa dikianati, rasa terkilan, rasa sedih, sakit
Tapi dengan rasa 'sakit' dan 'luka' itulah mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar-benarnya
Jangan kesal dan jangan merungut. Jangan berkata.."Aku tak kuat"..Jangan!!
Pengalaman yang kita lalui dalam hidup kita adalah persediaan agar kita lebih bersedia dan lebih mengingati Allah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat. Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi segala jenis ujian.

Hati yang semuanya sama. Walaupun zahir setiap wanita itu kelihatan berbeza. Tapi mereka punya rasa yang sama. Hati yang sama. Naluri yang sama. Hati wanita merasa yang sama dengan wanita lain. Wanitalah yang memahami sesama wanita. Dan sama-samalah menjadi wanita yang cantik di mata Allah.

Jika hati tenang, pasti keimanan akan datang. Bersihkan hati dari sifat benci, marah, sombong, bongkak. Sulamilah diri dengan sifat2 yang dicintai Allah.

Cintailah Allah, maka cintailah suami dan tempatkan utk wanita solehah adalah syurga nan abadi.


semoga pesan ini terukir di hati.
agar nanti makin kuat walaupun badai datang.
 

love,
rusyie.

No comments:

Post a Comment