Pages

Saturday, August 3, 2013

ramadhan : day 25

assalamuailakum.

minggu lepas tak silap, ma cakap nenek awak ada sorang je lagi.
tetibe rasa sayu, rindu arwah aki kuantan, arwah aki kemaman n arwah mak.

arwah mak meninggalkan kami masa usia aku 12 tahun. balik dari sekolah, tengok bonda bengkak mata, then dia cakap arwah mak da takde, aku macam ni betul ke ma? tapi tak nangis, masuk bilik air nak mandi, air mata keluar tak berhenti. sebab arwah mak sangat baik. sangat sayang cucu dia. kalau tidur sana, malam2 dia akan bercerita. kini, ma selalu bercerita tentangnya. 10 tahun dah. 

arwah aki kuantan meninggalkan kami masa aku baru habis first year diploma, umur aku 19 tahun. pergi depan mata aku. aku baru beberapa hari balik kuantan, then ahad tu pergi KMC tengok arwah aki, boleh gelak, rabunya abah tak balik petang tuh dari keje, ma risau, dia call abah, abah cakap siap, nanti cousin kitaorang amik, rupanya aki dah tenat. memang aku sedih, sebab dia baik sangat, dia happy sangat aku dapat menuju ke universiti. sebab aku cucu perempuan sulung dia. tapi tak sempat tengok aku grad. 

arwah aki kemaman meninggalkan kami tahun lepas. baru je aku habis diploma. tapi time tu dekat rumah. hari sebelum dia meninggalkan. dia kena tahan wad. dia memang x sedar. esoknya doktor cakap arwah dah takde. ma cakap ma dah jadi anak yatim piatu. betapa sayunya hati kami. arwah aki pon baik, gurauan yang paling buat kitaorang gelak sampai menitis air mata.

rindunya pada mereka, ALLAH saje yang tahu. rindu senyuman mereka. rindu kasih sayang mereka. rindu segalanya.

semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka. 
 
al-fatihah.

love,
rusyie.

1 comment:

  1. Al fatihah pada mereka yang telah pergi :(

    ReplyDelete