Pages

Wednesday, November 27, 2013

week 11

assalamuailakum.

amboi lajunya minggu ni update. hiks.
sebab hari rabu akhir kelas utk setiap minggu.
so kira habis dah la minggu ke 11. *cepatnyamasaberlalu*

this week. ade test. lepak dengan geng finance dulu, steamboat, cabut rumput depan rumah( haha)

this week juga, ada seorang lecturer cakap pasal something ni.
so rasa nak share, ingat diri sendiri juga semua.
sampai lah walaupun satu ayat kan. eh

first, kita selalu share problem kita dengan manusia, termasuk update status facebook, tweet dekat twitter.
tapi sebenarnya kita selalu lupa nak share problem kita dengan ALLAH. 
sebab ALLAH selalu bagi kita dugaan untuk kita dekat dengan DIA.
banyak banyak doa untuk protect kita.

second, lecturer tu ingatkan untuk membuat amalan sunat macam:

  • solat dhuha

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani)
third, ibu bapa. utamakan mereka. selalu menjaga hubungan dengan mereka. mesti korang tau macam mane kan. so letak mereka yang pertama.
fourth, kahwin bukan boleh buat hidup kita susah, insyaallah ada rezeki yang lebih lagi ALLAH bagi.

lebih kurang macam ni la lecturer aku habaq. so marilah kita amik kebaikannya. semoga hidup kita lebih mendapat rahmatNYA.

amin.

love,
rusyie.

No comments:

Post a Comment