Wednesday, December 11, 2013

week 13

assalamuailakum.

hari ni 11.12.13.
tiada apa apa cuma nak update pasal minggu ni boleh cakap bye. seriously, wah cepatnya. 
dalam hati, nak balik rumah. homesick okay. homesick sangat. ingat nak balik masa banjir. tapi tak boleh. 
ni nak balik study week pon rasanya tak boleh. sebab exam dalam seminggu lebih jee dan satu lagi project paper kena hantar masa study week tuh. 
blog ni pon macam terabai sikit. sebab tak update mende lain, pasal minggu disini je. *takmeriahgila*

week 13. dua kelas dah berakhir. fuh so mood exam datang. housemate boleh pula tengok aku dan syira macam happy je buat kerja. rileks lah, stress stress nak pergi mana. hahaha. tapi tak tau sudut paling dalam hati ni kemain risau. 

this week, hujan lagi membasahi gong badak. so badan aku rasa macam lemah gila, pening. rasa macam nak bondaaaaa. pastu semalam tengah hujan, tengah turun tangga, aku jatuh. first time dalam hidup di unisza aku jatuh tangga. dari tangga dekat tengah sampai tangga dua lepas tu aku terseret. itu pon sebab ada orang kat depan. aku terus nangis weh. sakit sangat. dah lah semua classmate dan orang sekeliling berhenti. malunya. masa aku nangis dan sakit tu aku tak fikir apa dah, orang duk tanya jatuh macam mana? sakit apa? nak bawak g klinik ke? boleh jalan tak? lama sikit tu aku bangun, aku cakap syira aku sakit. *sambil kesat air mata lagi*. hamboi orang lain tanya aku senyap. haha. pastu dia lah papah aku ke hulur hilir. petang tu baru pergi klinik. dapat ubat aku tak makan pon. aku nak ubat sapu sebab lebam biru merah.*nampaksangattaksukaubat* dia tak bagi. oke takpe. tido tak lena weh sebab sakit. syira yang takut bawa moto tu terus ke hulur hilir dia yang bawak kan. terima kasih. dia siap cakap ada hikmah aku jatuh, dia boleh dah bawa motor. haha.pastu semalam dengan hari ini, semua duk tanya kau okay tak? dah pergi hospital ke? terima kasih yang prihatin. 
 
panjang gila explanation sebab jatuh. haha. maybe anak cucu cicit nak tahu kan. ngee.
 
lama tak masuk gambar. padahal malas. ni time program osha hari tu.
actually syira tu yang tengah sorok mukanya tu. ke hulur ke hilir dia. terima kasih sanggup layan karenah aku ini. sanggup bersusah payah. sanggup gelak dengar cerita tak lawak aku. haha.
 
dimana saya? haha. 
kelas osha dah berakhir. alhamdulilah. 


love,
rusyie.

No comments:

Post a Comment