Sunday, July 13, 2014

hidup di perantauan

assalamuailakum.

hi 100 follower n silent reader. hee.
amboi sangat tajuk aku. hehe

hari tu dah janji kan nak update pasal rumah sewa n asrama.
ini pengalaman diri sendiri. so kalau sama, sep! tak sama, kita boleh sharing kan. sharing is caring. hee

sejak diploma terpaksa duduk asrama sebab dapat diploma jauh dari rumah. masa mula mula abah dah pesan jangan terasa sangat dengan perangai orang sebab kita duduk di perantauan ni mesti ramai manusia kita jumpa kan. hee alhamdulilah ni dah 5 tahun aku masih bertahan. takde nak lari balik rumah. tapi kalau cakap pasal terasa of course ada lah kan. eh.

2009 until first year degree. aku duduk asrama. penuh berdikari jugaklah. duduk rumah, mesin yang basuh baju, duduk asrama basuh baju guna tangan sendiri. makan kat rumah masak dekat sini beli bungkus. nasib aku bukan terlalu cerewet pasal makan. nak pergi mana mana, sewa kereta bawak sendiri. semenjak aku duduk jauh dengan parent lah aku berani drive kereta, sebab kena paksa dengan kawan. so alhamdulilah pandai sampai sekarang.

duduk asrama lebih okay berbanding rumah sewa kalau nak tengok dari segi safety. duduk asrama ada guard. duduk rumah sewa memang kena 100 peratus jaga sendiri. ianya dah jadi pada diri sendiri, rumah kena masuk. 

duduk rumah sewa ada juga boleh saving sikit kalau masak sendiri, rumah sewa tu murah. macam aku rumah yang kena masuk tu rm800 bahagi 11 orang. yang second rm800 bahagi 6 orang je. rumah first tu memang kosong, safety memang kurang. yang second, ada lah kelengkapan macam tv, peti ais, mesin basuh, aircond lagi(tapi tak on la, jimat.hee)

nasihat aku lah kan masa first year tu dah start cari rumah, sebab dapat asrama tu ikot rezeki juga. pastu ramai juga nak cari rumah sewa. student kan mesti nak yang murah pastu nak yang ada kelengkapan. yang paling penting keselamatan tu. keselamatan tu maybe dari segi ada jiran lagi lagi jiran family. lepas tu owner rumah tu jaga kebajikan kita. ni tak, tau amik duit sewa je. er.

duduk rumah sewa tu sebenarnya banyak yang boleh kita belajar, belajar macam mana nak manage duit. bayar sewa, bayar air&api, beli barang dapur. hari tu masa rumah first siap aku beli tilam, almari kain, peti ais, kipas lagi. masa tu duit mengalir bagai air je. selepas tu aku jimat sangat. nak mintak dekat parent aku memang tak kan menyusahkan diaorang sehingga aku benar2 susah. 

duduk rumah sewa ni bebas sedikit sebabnya boleh masak, kalau dekat asrama memang tak bole lah kan. pastu boleh rasa masakkan kawan kita lain lain negeri. cewah. hee. balik rumah, boleh bagi family kita rasa. hehe.

macam dekat kampus aku kalau duduk asrama tak perlu transport nak pergi kelas, dekat je. kalau kelas pukul 8, pukul 7.55 pon boleh pergi, tapi lari lah. err. kalau duduk luar, kena ada transport. bas pon pihak u ada sediakan. tapi kalau ada own transport lagi okay. gitu. 

kalau pasal internet, dekat rumah sewa kita kena sedia sendiri. tapi kalau dekat kampus pon ada tempat tempat juga yang ada. aku masih ingat awal2 diploma bilik aku takde wifi, tapi selama aku duduk asrama lepas tu alhamdulilah boleh la tahan ada.

banyak lagi rasanya yang membezakan. tapi lupa. hee. cuti kan. bagi aku yang dah rasa dua dua, setiap satu ada yang baik dan buruk. yang paling utama jaga diri kita. yang paling penting. gitu.

okaylah selamat berpuasa.

terima kasih membaca.

:)

4 comments:

  1. macam best je duduk kat rumah sewa Tapi tulah.. dari segi keselamatan. Nak-nak kalau kat KL ni ^^ huhu Akak belajr kt mana dulu erk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak belajar kat unisza. dari dip sampai deg. :)

      Delete
  2. Pnah duk hostel n umah sewa..stiap 1 ada klebihan dye

    ReplyDelete