Pages

Tuesday, May 21, 2013

cerita sekarang : ibu

assalamuailakum.

semua ada seorang yang dipanggil ibu, mama, ma, bonda, umi n lain2 la.
mereka melahirkan kita. penat lelah lahirkan kita. bawa kita ke sana sini berbulan bulan.
kita lebih patut hargai dia. walaupun kita tak suka cara dia, apa apa lah. dia tetap mak kita. tetap yang melahirkan kita, yang menjaga kita, tak terbalas jasa mereka dengan hanya menggunakan harta benda.

hargailah dia selagi dia masih ada. bagi lah dia bahagia. bukan bagi dia menderita. 

ibu kandung kita ada sorang je. jangan selepas dia tiada baru kita menyesal. nasi dah jadi bubur gitu.

ingat satu je, cuba kita ada di tempat dia. senang cerita bila kita ada anak anak, anak anak buat kita macam tu apa kita rasa. 

syurga di telapak kaki ibu.

" Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita."  

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

#notetoself

love,
rusyie.

No comments:

Post a Comment