Pages

Sunday, May 11, 2014

pasal upu, pasal diploma

assalamuailakum.

semalam result upu untuk diploma keluar kan.
tetiba rasa nak share something pasal diri sendiri.
sebab saya pasti adik adik semua sedang fikir pasal dimana patut pergi.

masa nak isi upu ke apa ke mesti tanya abah n cikgu.
tapi abah lah yang banyak jadi tunjuk ajar.
masa tu kena isi 8 list universiti n kos.
siap tengok satu satu prasyarat, lagipon dia punya tu sebelum dapat result.
 pastu tak pernah target pulak dapat result SPM macam tu.
sebab tak nak target tinggi takut tinggi juga rasa kecewa.

pastu masa itu memang tak boleh isi matrik sebab tak ambil addmath.
ramai cakap ruginya, result okay tapi tak dapat matrik. down tau tak.
masa form 4, siapa nak ambil boleh, boleh, cuma kena belajar dekat kelas lain.
masa tu hanya Chinese student dalam kelas tu je yang ambil.
pastu diri ini tak tau nak masuk matrik kena ada addmath. sobs kuasa dua.
nak amik sc class, memang bukan saya lah.
tapi takpe memang menyesal kemudian hari.
itu lah adik adik kat rumah tu, asyik kena tazkirah dari akak dia ni.
plan everything now for you future. 

tapi everything happen for a reason, right?
berbalik pada upu.
pada masa tu tengok universiti, tetiba tengok UDM, apa tu? 
saya ni memang pulak jenis manusia yang suka google.
siap ada tanya akak blogger dekat satu blog tu lagi tentang UDM.
 lepas tu terus letak UDM dalam list universiti.
kos yang letak semua lebih kepada pengurusan n business .

masa bulan 5 tak silap keluar result upu.
dapat UDM sekarang ni UNISZA.
masa tu tak tengok course dulu, tengok universiti apa. hee
sebab nak tengok sejauh mana dari rumah.
dapat course DIPLOMA IN FINANCE.
dapat apa yang aku nak tapi aku nak diploma in accountancy sebenarnya. 
tapi everything happen for a reason, right?
hee ulang lagi.

sebenarnya matrik ke, diploma ke, asasi ke. 
apa yang kita dapat ilmu. 
itu yang penting.

matrik 1, 2 tahun, diploma, 2,3 tahun, asasi 1 tahun
saya diploma 3 tahun, degree 3 tahun setengah.
sebab ia bergantung kepada universiti.
dulu rasa juga lah tak best sebab lambat habis semua.
tapi selepas dapat nasihat dari ramai orang, siap nangis.
sekejap je belajar tu,  rezeki manusia ni lain2 ALLAH bagi.
tengok sekarang, rasa cepat pulak, next year dah habis.
cuma tula tengok orang lain dah habis je jeles. 
tapi takpe, ulang lagi sekali everything happen for a reason, right?

adik adik kalau rasa macam sukar membuat pilihan.
istikharah, the best way.
minta pandangan, nasihat. 
insyaallah, ada jalannya.

 adik adik yang dapat UNISZA, welcome.

rasa macam banyak lagi nak cerita, diploma life, degree life, asrama life, duduk luar life. hehe tapi cuba masa cuti nanti.


 
love,
rusyie
  
 

 

12 comments:

  1. Waiting for next story kak. frm hostel life till ur dip kak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. will be update soon. hee. insyaallah. thanks baca!

      Delete
  2. kadang2 yang kita minat tu mungkin bukan yang terbaik untuk kita kan?! So Allah buka ruang dan jalan pada course yang lain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ALLAH plan is more better than us. so oke la banyak manfaat dari semua ini. hee.

      Delete
  3. Umi pulak rasa tak senang hati bila pikir pasal Along lepas SPM nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu. hee. relax tau umi. pilih yang mengikut apa yang sesuai, bimbing semasa buat pilihan. :)

      Delete
  4. bestnya dapat unisza. saya nak apply tapi rupa-rupanya hanya terbuk untuk calon tahun semasa. sekarang ni dapata upsi,hehe. fighting for my dream!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck nini! alhamdulilah, da setia dengan unisza selama 5 tahun. lagi setahun jeee! doakan. hiks.

      Delete
  5. tq rusyie..baru update entri yg seakan2 tentang dilema anak kak ana dalam membuat pilihan..good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. soon, sy akan cuba share lagi. now, tgh fighting. hee exam kan. doakan saya :)

      Delete
  6. semua yang berlaku atas izin Allah, Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya. so good luck dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks miss boo. yeah. ALLAH maha mengetahui. :)

      Delete